Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila berhenti kat trafic light. dpt agak sebab lampu reverse nyala kejap. bayangkan kalau terkejut sebab lampu trafic light dah hijau lama.kereta dah hon2. tertekan pedal minyak dulu baru masuk gear. boleh kondem gear box rasanya.
kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light: 1. tekan brek kaki 2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer) 3. Tarik hand brek 4. lepas brek kaki
nak jalan: 1. tekan brek 2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer) 3. lepas hand brek. 4. lepas brek kaki 5. tekan minyak
Penggunaan tombol/butang pada batang gear: 1. tekan tombol semasa menukar P > R , R > P R > N N > R D > L/D2 L/D2 > D
2. jangan sesekali tekan antara N > D D > N D > D3 D3 > D
pernah tegur org semua gear dia belasah tekan tombol masa tukar. kalau gear yg jenis ada lekuk2 tu selamatlah. tombol tekan pun tak ada kan?
Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:
P - parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda. gear akan disekat. jadi kereta anda takkan bergerak walaupun handbrake tak ditarik.
R - reverse, untuk mengundur kereta anda
N - neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic jem, alihkan ke gear neutral. bukan parking! jika anda perasan, gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.
D - drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya butang overdrive - gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4. gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 shj
3 - setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3
2 - ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu
Baru-baru ini telah dikesan taktik penjenayah yang cuba melakukan rompakan terhadap pemandu kereta yang sedang memandu di jalan raya.
Taktik yang diguna pakai penjenayah seperti berikut:
• Menunggang sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki dan menunjukkan tanda isyarat tangan ke arah tayar bahagian kiri atau kanan.
• Sekiranya pemandu tidak berhenti pada waktu itu, datang sebuah motosikal lain (kedua) dinaiki dua lelaki menunjukkan perkara yang sama bagi mewujudkan rasa khuatir dalam diri pemandu supaya memberhentikan kenderaan ke bahu jalan.
• Apabila pemandu memberhentikan kenderaan, suspek akan turun dari motosikal dan menuju ke bahagian kiri atau kanan tayar dan meminta pemandu melihat kerosakan yang dialami.
• Pada masa yang sama, motosikal yang dinaiki dua lelaki yang pertama turut memberhentikan motosikal mereka tidak jauh dari kenderaan mangsa.
• Apabila mangsa keluar dari kenderaan atau menurunkan cermin kereta. Suspek dari motosikal pertama akan bertindak melarikan kereta mangsa atau memaksa mangsa untuk keluar dari kenderaan sebelum melarikan kereta.
NASIHAT
1. Sekiranya anda berada dalam keadaan yang dinyatakan terus memandu ke balai polis berdekatan atau kawasan yang ramai orang atau berhenti di kawasan ‘safety point’ antaranya 7-Eleven, Pos Malaysia dan stesen minyak Petron.
2. Tidak panik dan kenal pasti nombor kenderaan yang dinaiki suspek seperti (jenis motosikal, warna, nombor pendaftaran, bangsa, pakaian dan jantina).
3. Memastikan nombor telefon bilik gerakan mana-mana balai polis berdekatan.
4. Membunyikan hon kereta beberapa kali untuk menarik perhatian penggunakan jalan raya sekiranya berada dalam situasi kecemasan.
Jendela persekolahan telah dibuka...macam-macam kerenah dan adegan lucu disepanjang musim persekolahan yang telah berjalan... berikut adalah antara detik detik yang mencuit hati dengan apa yang telag berlaku... nampak macam biasa saja bangku sekolah ni tapu salah gaya boleh mencemaskan cikgu dan ibubapa... apapun masih memikir bagaimana semua nie boleh terjadi...hahaha...layan je laaa . .
Al-Siraṭ al-Mustaqim (Bahasa Arab: الصراط المستقيم), atau Al-Sirath (Bahasa Arab: الصراط) sahaja, ialah satu istilah dalam agama Islam yang berasal dari bahasa Arab yang secara harfiahnya bererti "jalan yang lurus". Frasa ini tercantum pada Surah Al-Fatihah ayat 6-7 yang berbunyi:
Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang
telah Engkau (Allah) beri Nikmat, bukan jalan yang dimurkai, bukan pula
jalan orang-orang yang sesat. (Al-Fatihah / Pembukaan : 6-7 )
Dalm konteks Islam Sirat-al-Mustaqim adalah jambatan/titian yang terbentang di atas permukaan neraka Jahannam yang sangat licin, memiliki kait, cakar dan duri. Setelah melepasi masa di Padang Mahsyar,
kaum Muslim akan dibentangkan sirath bagi mereka di atas neraka
jahannam sehingga mereka melintasi di atasnya dengan kecepatan sesuai
berdasarkan kadar keimanan mereka. Orang yang pertama kali melintasi
titian Sirath itu adalah Nabi Muhammad s.a.w., kemudian Nabi Muhammad berdiri di tepi Sirath seraya berdoa, “Rabbi, selamatkan, selamatkan!” Jika ada umat-Nya yang pernah menyekutukan Allah dengan kesyirikan besar dan belum bertaubat sebelum kematiannya, akan mengakibatkan kekekalan di dalam neraka.
Adapun orang-orang kafir dengan berbagai jenisnya, musyrikin, penyembah berhala, atheis
dan yang lainnya, mereka itu akan dimasukkan ke dalam neraka dan akan
dibukakan ketujuh pintu neraka jahannam bagi mereka. Sesuai dengan Surah Az-Zumar: 71,
“
Orang-orang kafir dibawa
ke neraka Jahanam berombong-rombongan. Sehingga apabila mereka sampai ke
neraka itu dibukakanlah pintu-pintunya. - Surah Az-Zumar, Ayat 71.
”
dan Surah Al-Hijr, 15,44.
“
Jahanam itu mempunyai tujuh pintu. Tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari mereka. - Surah Al-Hijr, 15,44.
PERHIMPUNAN seluruh manusia di padang mahsyar,
timbangan amal di Mizan, melintasi titian sirat dan telaga al-kausar
semuanya adalah sebahagian daripada perkara ghaib atau sam’iyat yang
wajib diimani sepenuh hati oleh umat Islam tanpa keraguan walau sedikit
pun.
Hal ini termaktub dalam ketetapan ALLAH SWT: “(Iaitu) orang-orang yang
mengimani akan perkara-perkara yang ghaib.” (Surah al-Baqarah: 3)
Acap kali disebut dalam al-Quran
Eksekutif Komunikasi Korporat di Lembaga Zakat Selangor, Ustaz Hamizul
Abdul Hamid berkata, dalam al-Quran mahu pun hadis memang disebut
mengenai sirat. Tetapi ada yang tidak tahu apa itu sirat.
“Dari aspek bahasa, sirat bermakna jalan atau laluan atau dalam bahasa
Inggerisnya ia disebut path. Jika merujuk kepada Kamus Dewan, sirat
turut dinyatakan sebagai jambatan atau titian (halus) yang melintasi
neraka untuk ke syurga.
“Menyingkap konteks sebenarnya, sirat adalah satu laluan yang wajib
dilalui oleh seluruh manusia di akhirat kelak dalam perjalanan kita
menuju ke syurga ALLAH. Hanya orang beriman dan bertakwa akan berjaya
melintasinya manakala golongan musyrik, kufur dan pelaku dosa tidak akan
berjaya melintasinya,” katanya yang juga penulis buku keagamaan
terbitan Karya Bestari ini.
Menurutnya, dalam al-Quran itu sendiri terdapat 32 tempat daripada 21
surah yang menyebut kalimah sirat. Bahkan kalimah sirat turut menjadi
bacaan wajib di dua tempat dalam surah al-Fatihah ketika solat, iaitu
pada ayat enam dan tujuh, yang bermaksud: “Tunjuklah kami jalan yang
lurus. Iaitu jalan yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka; bukannya
(jalan) bagi orang-orang yang Engkau murkai dan bukan juga (jalan) bagi
orang-orang yang sesat.”
Suasana dalam kegelapan
Dalam surah Maryam iaitu pada ayat 68 hingga 72, ALLAH menggambarkan
keadaan umat manusia pada hari pembalasan kelak. Pada saat itu, semua
manusia, sama ada Muslim atau kufur akan dihimpunkan di padang Mahsyar
dan kemudiannya akan melalui sebuah titian disebutkan sebagai ‘sirat
al-mustaqim’ yang merentangi neraka Jahanam.
Hamizul menjelaskan, ALLAH juga menyatakan bahawa hanya yang beriman
dan bertakwa akan diselamatkan serta mereka yang kufur dan ahli maksiat
akan dibiarkan (ditarik) masuk ke dalam neraka oleh pengait-pengait
berduri dari dalam neraka.
“Pernah seorang Yahudi mendatangi Nabi Muhammad SAW dan bertanya: “Di
mana manusia (akan) berada pada hari pergantian bumi dan langit dengan
bumi dan langit yang lain (yakni selepas kiamat berlaku dan manusia
berada di Padang Mahsyar)?’ (Maka) Rasulullah menjawab: “Mereka berada
dalam kegelapan, dekat suatu jambatan (sirat).”
Yahudi (bertanya lagi): “Siapakah orang yang mula-mula (akan) melalui
jambatan itu?” Rasulullah menjawab: “Kaum Muhajirin yang miskin-miskin
(dan merekalah yang mula-mula memasuki syurga).” (Riwayat Muslim
daripada Tsauban)
“Ramai yang bertanyakan mengenai keluasan sirat ini? Suka saya bawakan
satu kisah, pernah Siti Aisyah bertanya kepada Nabi, di manakah semua
manusia berada pada hari kiamat nanti, dan Baginda menyatakan: “(Semua
manusia) berada di atas jambatan neraka Jahanam.” (Riwayat Tirmizi),”
cerita Hamizul lagi.
Menurutnya, sirat ini amat luas kerana mampu menempatkan semua manusia
di atasnya. Walau bagaimanapun, keadaan manusia pada ketika itu amat
membimbangkan. Suasananya dalam kegelapan, manusia yang ramai berada
dalam keadaan bersesak-sesak dan semua orang berasa takut termasuklah
para nabi sendiri dan berharap dapat melintasi sirat dengan selamat.
Ketika itu, semuanya bergantung kepada iman dan amal soleh semasa di
dunia. Itulah yang mampu menyelamatkan diri daripada ujian sirat
tersebut. Jika pelaku dosa, maka sirat menjadi bencana bagi mereka
kerana pasti terjatuh ditarik ke dalam neraka.
Di tengah-tengahnya neraka
Hamizul berkata, mengenai kedudukan titian sirat itu, dipercayai berada
di antara padang mahsyar menuju ke syurga dan di tengah-tengahnya
adalah neraka.
“Kita boleh membayangkan, andaikan kita berada di Seberang Perai menuju
ke Georgetown di Pulau Pinang dan perlu melalui jambatan Pulau Pinang
yang di bawahnya adalah lautan yang sangat dalam dan luas.
“Bayangkan tiba-tiba jambatan itu bergegar kerana gempa bumi dan kita
hampir terjunam masuk ke dalam lautan yang sangat luas dan dalam itu,
maka lebih dahsyat lagi di atas sirat, kerana di bawahnya adalah neraka
yang apinya menyala-nyala dan kedalamannya juga tidak terkira. Setakat
pengetahuan saya juga, tidak ada nama lain diberikan selain daripada
sirat,” katanya.
Menurutnya, Ibnu Katsir dalam tafsirnya ada menyatakan, kelajuan
seseorang manusia melalui sirat ini adalah tergantung kepada amal
ketakwaannya semasa hidup di atas dunia. Orang yang beriman dan
bertakwa, meninggalkan perbuatan dosa, mentaati segala suruhan ALLAH,
maka pastilah mereka mampu melintasinya dengan cepat.
Secepat manakah kelajuannya? Inilah yang disebutkan oleh sesetengah
riwayat, ada yang secepat kilat, kuda yang berlari dan sebagainya.
Di dalam sebuah hadis, Qutaibah pernah melaporkan: “Lalu orang-orang
Muslimin berdiri dan jambatan (sirat) diletakkan, kemudian mereka
melalui di atasnya seperti larinya kuda yang bagus dan penunggang kuda
(yang pandai).” (Riwayat Tirmizi)
Subhanallah! Ikan Kecil-kecil menyelamatkan diri ke pesisir pantai Tambisan, Lahad Datu, Sabah.
Kejadian ini berlaku di tepi pantai Tambisan pada pagi 24/12/2013 .. Difahamkan kejadian ini bukanlah pertama kali berlaku dan pernah sudah beberapa kali berlaku akibat apabila musim ikan besar mendarat di perairan Tambisan makan ikan yang kecil-kecil seperti dalam video ini akan ke tepian pantai untuk menyelamatkan diri daripada mangsa buruan ikan-ikan besar.
Bagi kita yang jarang melihat kejadian pelik seperti ini pastinya akan timbul perasaan gusar dan takut dan sering mengaitkan dengan kemungkinan perkara negatif. Usah kita berperasangka .. Sesungguhnya Allah maha berkuasa ... Yakinilah bahawa semuanya berada dalam pengetahuan dan perhitungan Allah s.w.t. Hati kita hendaklah dipenuhi keyakinan.
Ribuan ikan meloncat ke darat untuk menyelamatkan diri
Sedutan video yang diambil dari Youtube
Kejadian ini juga dikaitkan di Pelantar minyak perairan Terengganu..Namun kesahihan berita ini masih dalam pemerhatian...
Walaubagaimanapun semua kejadian ini adalah menunjukkan kekuasaan Allah swt ke atas makhluknya... Ia bukan satu petanda baik atau buruk, setiap kejadian ada hikmahnya... Mungkin memberi rezeki kepada penduduk2 sekitar dengan kehadiran ribuan ikan tanpa diduga... Berfikiran positif dan bersangka baik kerana perancangan Allah swt adalah sebaik-baik perancangan untuk setiap makhlukNya...
25 Disember 2013 : Makan durian puas-puas...Sekali sekala pekena durian memang syok woo... Bermodalkan RM15 sekepala, kita layan makan durian sampai kenyang... Untuk yang masih tak tahu lokasinya, gerai ini berada di SS2, Petaling Jaya...Belakang Balai Polis Sea Park...
Memang terbaik laa.. Macam-macam jenis durian ada... Ada yang timbang dan ada yang untuk buffet... So pilihan masing-masing... kalau rasa tangki besar tuu..boleh layan durian berapa bijik pun selagi larat... Air kelapa pun ada dijual untuk menyejukkan badan...
Hari nie kami layan 3 biji durian saja sebab perut dah kenyang... Ameer dan sarah dapat diskaun rm7 saja sebab budak kecik tak makan banyak...lagi pun diaorang bukannya suka sangat makan durian nie... mula2 je teruja sangat nak makan tapi last sekali, ayah dia jugak yang kena habiskan...
Apapun sesiapa berhajat melepaskan gian...takde dusun kat kampung..jangan risau, keluarkan sikit duit pastu pergi serang gerai-gerai nie... mostly harga buffet bermula rm9 dan kadang2 turun sehingga rm7 bergantung kepada stock... nak best sikit durian yang dioffer boleh ambik yang pakej rm15..tuuu pun dah cukup kenyang bagi penggemar2 durian...
Jumpa lagi musim durian akan datang yea.. bubbye...
Timbunan durian yang pelbagai jenis dan rasanya...
Macam-macam ada...
p/s: Nak ajak makan pun takde hal punya..korang belanja...hehehe...
Salam syawal 1434H...setelah sekian lama dunia blogger ditinggalkan, baru hari ini menjengah semula pintu rumah sendiri....waaaa..sangat lama dan ketinggalan bahan ceritanya... ini gara-gara terlalu dengan dunia facebook...
Ameer dan Sarah pun telah menjangkau 6 dan 4 tahun... Semakin besar dan semakin macam-macam keletah... Ameer sejak sekolah tadika ni macam-macam perangai yang dia bawak balik dari sekolah..ada yang baik dan ada yang buruk...kadang-kadang pening kepala nak handle budak baru nak membesar nie...puas dia bermain, dia sakat adik dia pulak...pastu bergaduh laa jadinya...
Apapun dah masuk bulan Ogos 2013 nie..semakin cepat menuju kepenghujung tahun... kita check balik azam dan perancangan awal tahun dah sampai setakat mana... Moga masa yang ada nie kita manfaatkan sebaik mungkin dan rancanglah yang terbaik bagi memenuhi impian kita...
Jumpa lagi dilain masa...Nak kena buat housekeeping sikit blog nie....berhabuk habis..