Friday, April 24, 2009

Final Piala FA Kelantan vs Selangor


25 April 2009 - sabtu - Stadium Bukit Jalil - Perlawanan akhir Piala FA Kelantan vs Selangor... Red warrior melawan Red Giant... Siapa yang menang.??? Perlawanan ini sungguh memberi makna dalam hidup kami pasal ayah orang selangor sementara mama orang kelantan. Ameer yusuf kena ikut ayah lah.... walaupun ic no wilayah pesekutuan kuala lumpur...

Ayah penyokong kuat selangor manakala mama ekstream kelantan... hehehe..ye laa kan setelah 39 tahun baru layak masuk final.... mungkin kelantan menang.... tapi menang sorak je laa.... selangor menang piala...ekekke..jangan marahh haa....tapi yang pasti malam sabtu ini pasti panas... walaupun gagal untuk ke stadium tapi terpaksa melihat dari kaca tv saja... Tiket???huhuhuhu

Suka baca analisa dari seorang peminat setia red giant nie.. dipetik dari selangorfc.com

"Satu pertembungan menarik diantara 2 taktikal..1 dr barat dan 1 dr timur..di antara formasi dan taktikal import menentang percaturan tempatan, mana yg lebih hebat? mungkin p.butter punya variasi yg pelbagai atas pengalamannya yg bertahun berkelana dan punya asas serba sedikit dgn komunikasi timur di padang..berbanding devan yg hanya punya nota peribadi terhadap beberapa pemain kelantan yg pernah dikenali game displaynya..

tapi, sehebat mana, seampuh mana idea, formasi, taktikal, game plan atau apa saja rencah yg dimiliki keduanya, at the end, hanya pemain2 yg mampu merealisasikan perancangan itu dan di bantu beberapa faktor sampingan yg lain i.e sokongan penyokong, keadaan cuaca dan padang, mood pemain pd hari permainan dan of coz, cara reff control game..

kelantan, sebuah pasukan yg lebih attacking oriented dan gemar bermain offensive, bertembung dgn pasukan yg asas kekuatannya terletak pd kehebatan pertahanannya menyerap asakan lawan dan di kala lawan mulai bosan lantas demoralised, mereka mula mengambil peluang utk kill off the game..dan disebabkan karekter selangor yg sebegitulah, ia mudah tumbang bila lawannya bermain secara "terbuka", menyerang tidak, bertahan pun tidak..

tunggak pergerakkan kelantan terpacu pd barisan tengahnya dan disudahi dgn ketajaman pemain serangannya utk capitalised even half chances..tetapi bila bertembung pula dgn barisan tgh lawan yg kental mengasak dan menekan tumpuan mereka, mids kelantan mudah fumble dan tidak ketentuan..dan disebabkan semangat ingin gak nk score walau dah hilang idea, benteng kelantan juga mudah hilang tumpuan disebabkan terlalu ghairah nk naik membantu serangan..bila ini terjadi, maka terhasillah keputusan seperti 0-3 di s.alam, 0-1 di kota baharu..

dan keterbetulan, lawan mereka sewaktu tumbang 0-3 di s.alam adalah set pemain yg cukup ampuh mengganggu tumpuan lawan dan bila lawan mulai leka, mereka pelan2 menyelinap menyerang dan menggunakan sebaik mungkin segala apa set pieces yg ada sbb striker mereka lebih berperwatakan pengumpan utk melalaikan lawan..

seandainya kelantan tdk terlalu menyerang sebagaimana pd 11/4/09 yg lepas, dan sengaja sama2 berkongsi penguasan di tengah, maka ruang utk kelantan menaikki podium selaku penjulang piala adalah lebih cerah..tetapi itu juga perlu bergantung pd kemampuan pertahananya utk kekal fokus pd permainan dan tdk terusik dgn taktik "nakal" lawan yg sengaja mencari kesempatan utk membogelkan mental pertahanan kelantan..kdg kala, faktor psikologi juga penting..unsur2 remeh sebegini juga boleh mengubah keputusan yg dijangka..

umum tahu, kelantan secara amnya mempunyai satu kelemahan iaitu mudah tercabar dgn serangan nakal provokasi lawan..bila pemain2 kelantan mulai menumpukan minda pd nawaitu yg lain selain dr menjaringkan gol atau mempertahankan gawang sendiri, bererti kemenangan mudah sudah pun berada di landasan, hanya tinggal picu utk ditarik..kalau bkn pengadil yg membantu dgn layangan kad pelbagai warna, pemain kelantan sendiri yg "membuka pintu" utk lawan menjaringkan gol..yer lah kan, bila jiwa kacau, emosi terganggu, minda tkstabil, perut org pun kalau boleh nk dipijak2..

dan selangor seharusnya dgn rata2 pemain yg berpengalaman dgn aksi dan tempo berbeza di pentas final, tahu apa yg perlu di buat selain berdisplin dgn taktikal devan..jaga emosi, ikut arahan pengadil, bermainlah sedikit "nakal" dan yg paling penting-convert as many chances as possible, then the podium is your beb..

tdk jauh pun sebenarnya beza skill individual atau berpasukan kedua2 pasukan..apalagi rahsia2 tertentu sesetengah pemain core kedua2 pasukan..razman, eric, asra, malahan amri masak sangat dgn "siapa" indra tu hikhikhikk apalagi hotel mana yg khalid pergi masa bulan ramadhan dulu yg sampai terjebak tu..dan pada shahrizan, tentunya dia kenal cmne amri bukak game dan mungkin sikit2 ttg rudie..

in short, pasukan mana yg mudah hilang tumpuan, hilang arah lantas kerap buat school boy mistake, berkemungkinan lebih cerah keluar sbg mereka yg tewas..dan sebenarnya apa yg aku nk ckp cuma satu jer, selangor akan menang..sbb ? selangor dpt score lebih dr kelantan hikhikhikhikkkkk"

Wednesday, April 22, 2009

Anak-anak meragam

Kita selalu menghadapi masalah menjaga anak yg mungkin disebabkan oleh gangguan...Kekadang memang memeningkan kepala pasal masalah sukar dirungkai dengan perubatan moden sekarang nie.. Pengalaman aku menjaga anak sulung ni banyak membantu dalam menyelesaikan masalah.. Bila masa anak-anak ini demam yang agak berpanjangan dan keadaan suhu badannya sentiasa berubah-ubah dimana kekadang ok dan kekadang panas secara tiba-tiba..Bila makan ubat, keadaan akan ok dan tak sampai beberapa jam akan kembali panas.. Antara tanda-tanda yang selalu ameer yusuf kena:

1. Selalunya kaki dan tangan anak akan sejuk dan badan akan panas..
2. Cara tangisan juga berubah dimana dia akan menangis dalam keadaan yang luar biasa...
3. Kekuatan dia melebihi dari kebiasaan.
4. Kalau time makan, dia akan mengamuk walaupun pada masa tu dia lapar sangat.. dan sanggup terbalikkan bekas makanan...
5. segala benda tidak kena dan kita sendiri tak tahu apa sebenar kemahuannya..
6. kalau menangis malam, tengok waktunya adakah sama seperti waktu malam2 sebelumnya..

Untuk masalah aku nie, aku merujuk kes-kes ini kepada Pak Haji Zawawi.. dia banyak membantu kami menyelesaikan masalah-masalah macam ini. Kita berusaha tapi Allah swt yang lebih berkuasa...

Pesanannya:

1. Kalau hendak keluar berjalan dengan anak2 kecil/baby ke pasar malam, pasaraya mahupun tempat-tempat yang ramai orang tue jangan diwaktu maghrib kerana pada waktu ini adalah waktu yang paling aktif makhluk2 allah ini merayau2 dan menyakat2...

2. Kalau kita sebagai mak ayah yang pergi ke hospital, melawat orang meninggal, pergi tepi pantai, tepi lombong mahupun kawasan tinggi seperti bukit2 atau gunung...Sila berhati-hati terutana yang ada anak kecil. Disyorkan supaya kita sebelum masuk rumah, kita duduk dulu diluar buat seketika sambil membaca ayat kursi dan 3-Qul...masuk rumah dan terus mandi..Jangan terus sentuh anak kecil kita. Kerana dikhuartiri ada yang mengikut kita pulang...
pesanan ini juga ada dalam ceramah ustaz ismail kamus mengenai alam jin nie...

3. Kalau anak kita menangis kuat dan dalam ketakutan, peluklah anak kita sambil tapak tangan kanan kita menekapkan belakang badan anak kita itu dan sambil merasakan denyutan jantungnya.. Kita bacakan ayat al-fatihah, ayat kursi dan 3-Qul sambil mengurut2 belakang anak kita...


Pesanan aku, kalau kita anak kecil dan sering kali tidak sihat dan demam yang berulang-ulang dan rawatan perubatan moden pun masih tidak berhasil. Adalah lebih baik merujuk kepada ustaz-ustaz yang mengamalkan perubatan islam ( ayat-ayat al-quran).. Ingatan..perubatan islam.... bukan kepada dukun atau bomoh yg mengamalkan cara-cara yang syirik... Sekiranya kita sudah habis ikhtiar secara perubatan moden, kita cuba usaha perubatan secara islam pula.


Monday, April 20, 2009

Tips Membesarkan anak-anak

Tips yang aku dapat dari email dan seronok untuk berkongsi dengan anda semua.


1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).


2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi.. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

Sunday, April 12, 2009

Gaya dan gelagat ameer yusuf..

Hari ini ayah nak bercerita pasal gaya dan gelagat ameer yusuf sekarang ni.. Alahai anak lelaki ayah nie.., kalau nak berjalan tue, kemain dia nak pakai baju seluar dia..dah tau dah nak ambil kat mana baju2 jalan dia tue...dia tu kang siap laa dengan bedak dan kasut suma nak dipakainya...

Hari nie ameer ysuf bergaya dengan topi yang angah ikin belikan kat Melaka.. Ameer nie memang suka pakai topi ataupun songkok..tapi kena ikut mood jugak laa.. time dia suka tue.. memang terletak elok laa atas kepala dia tapi kalau tak de mood..memang kena campak kat bawah laa topi tue... tapi kali ni ameer memang nak pakai sangat la tue.. dari tadi lagi dah pegang dan siap pakai lagi,... masa nak tutup pintu grill rumah, ayah ambil gambar nie... siap posing baikkk punya untuk ayah yea... mentang2 nak jalan-jalan dengan ayah dan mama nie,.. pandai ambik hati yea...

Kalau mood baik..nak bergambar tue kemain la senangnya.. sambil duduk kat rumah depat tv pun boleh posing selamba ajerk... kalau xde mood ermmm..memang kena terkam la kamera atau hp ayah nie,,,... tengok gelagat dia masa depan ruang tamu kat rumah..sambil duduk tue dengan muka spontan dan selamba ajer dia biarkan ayah ambil gambar dia tue..hehehe...ameer ooo ameer...

Tapi sebelum tue ayah nak tanya, ameer yusuf tutup ape tangan tue...???hehehe...cover jangan tak cover....

Ayah kursus induksi umum di AKMAL


Pada 9 hingga 27 Mac 2009 - Ayah terpaksa menghadiri kursus induksi umum kumpulan 1 siri 1 2009 di Akademi Kastam Malaysia ( AKMAL ) di Air Keroh, Melaka selama hampir 3 minggu di sana.. Perjalanan hari demi hari amatlah memeritkan.. minggu pertama saja yg boleh balik..manakala minggu berikutnya tak boleh balik sebaliknya kena mengikuti program2 yang telah ditetapkan oleh pihak Akmal.. ikutkan ajer laa..

Episod pertama bermula, kepala ayah kena gondol dulu.. jadi abang botak abang gundul....masuk bilik Abid 5 Bilik No 2. Bilik kali ni lebih besar dan lebih selesa.. Siap dengan hawa dingin, tv dan ruang lebih luas.. lebih selesa berbanding semasa duduk di Abid 4 tahun lepas.. mungkin lepas renovate tu jadi luas.

Bilik level paling bawah..dekat dengan bilik basuh baju dan senang ke dewan makan.. senang kalau orang nak panggil pasal org luar bleh ketuk tingkap kalau ade ape2 hal... cuma kipas agak berbunyi kalau pasang...keriuk..keriuk...keriuk bunyi dia... kacau nak tidur ajerk...

Aktiviti agak penat juga laa tapi tak la keras sangat pun..macma biasa laa...aktviti dalam kumpulan tu dah konpem laa...takde hal semua tue... assigment pun ok gak...walaupun diberi tajuk dan bukan seperti sebelum ni yang boleh pilih sendiri...tapi buat awal2 kan senang... 23 hb mac 2009, ayah dah hantar assignment kat ketua program... orang pertama yang hantar..hehehe..malas nak fikir lewat2...boleh fokus kat exam nanti...

Sepanjang masa kat sana tiap2 malam ayah selepas minggu ke 2 ayah buat video call kat mama..boleh cakap sambil tengok muka ameer dan mama sekali. sebelum tue asyik cakap ajerk..ameer pun buat tak tau sangat.. tue yg masa balik minggu pertama tue ayah dan mama pergi beli hp baru utk mama..senang nak buat video call dan 3g...bagus jugak teknologi sekarang nie.. guna plak pakej 1+5 nie..lagi jimat..lenjan la 40 jam sebulan...free ajerk....

Ameer yusuf mesti tercari2 ayah..siap nak cium kat hp mama lagi nak cium ayah... kesian kat ameer yea.. rindu kat ayah sangat2 la tue... tak pe laa..nanti bulan 6 lagi lama ayah kena pergi kursus hampir 2 bulan lebih....masa tu tak tau la ameer nanti...

Sejak ayah balik kursus nie..ameer yusuf dah tak lekang dengan ayah..asyik berdukung macam tak nak berpisah dengan ayah nie..pantang tgk ayah nak bangun kejap, terus terkam nak dukung ikut sekali..adehh..patah pinggang ayah dan mama ko nak dukung ko nie.. dah 14 kilo sekarang nie..mana tahan sayang oii..kejap2 tu boleh laa tahan..tapi kalau dah berjam2 sepanjang jalan nak berdukung..letak malek noor pun boleh patah pinggang macam nie..hehehe

Takpe laa ameer yusuf... Asalkan ameer bahagia dan nak bermanja2 tue tak kisah laa,,, cuma risau nanti masa nak dapat adik bulan 7 nanti..ermmm, macam ne eik agaknya reaksi ameer nanti... mungkin akan dapat dikupaskan selepas nie nanti..

Ulangtahun ke-3 ayah dan mama

29hb Januari 2009 - Sambutan hari ulangtahun perkahwinan ayah dan mama yang ke-3...Ayah dan mama beli kek, just untuk sambut secara kecil-kecilan ajerk..selain tu package sekali dengan kek untuk ameer sekali pasal ameer yusuf yang paling sibuk nak potong kek tue. Dia yang paling berkobar-kobar nak potong kek. Belum sempat nak pasang lilin dia dah terkam dulu kek tue.. Tapi takpe ayah tak kisah asalkan ameer yusuf suka nak makan kek tue...

Bila masa nak atiup lilin tue..kononnya nak suruh ameer tiupkan..ermmmm tak terkeluar pun angin dari mulut dia tue...hehhee..payah betul..kang suh lebih2 plak kang, air liur plak yang kuar..baik tak payah...hehehe... seminggu makan kek tue...kebetulan ucu ellah ada sekali..dia la makan kek tue jugak...kalau tak kang tak habis2 dalam peti ais tue...

Lain kali kita makan kek lain pulak... puas makan yg cheese kek..nanti jemu plak,,,kita makan yg angah ikin punya nanti yea...bulan 5 nanti kita makan lagi...




Ameer yusuf diganggu lagi

Ameer yusuf meragam "tak sihat" kembali...


Sejak 2-3 hari ni ameer tak sihat..demam kembali...macam biasa badan dia akan panas dan akan normal macam biasa laa....makan ubat pastu ok kejap...pastu nnt panas balik....dan sympthomnya mcm kes ameer yang lamaa???huhuhuhu

misteri kembali menghantui ameer yusuf pulak.... 2 malam berturut2 ameer meracau pada waktu yg sama..dari pukul 1.10am dia akan terjaga dan terus menangis dan memukul ayah dan mama dia...dah la kuat..pastu tak tau nak apa...macam ketakutan ajerk...kejap nak pergi bilik air...pastu macam nak susu...bila buat susu kat dapur, dia ikut sekali...pastu mengamuk macam nak rak...tak nak susu plak..pastu ameer guling2 depan pintu dapur tue...!!!1 isk isk..ni seram sejuk nie...dah la kat tempat tuee..macma nak keluar ikut pintu tue..

ayah pun terus la ambik ameer, dia punye kudrat tue kemain la kuat sampai ayah macam nak tercampak ameer dari dukungan nie,...xpelahh ayah buat macam biasa laaa...mama pun sama...kita sama-sama buat biasa ajerk...pastu ameer terus serba tak kena,...buat itu salah buat ini salah...mengamuk dia lain macam..macam bukan ameer...ayah ugut nak bagi lada hitam..terus senyap sekejap,...pastu mengamuk balik...ugut lagi..pastu baring kejap...suruh tidur macam tak nak,.,.agaknya dia nampak "sesuatu" sampai tak nak tidur lagi....pukul 2..nak pasang tv....ayah pasangkan...asalkan senyap...dgn badan yg letih, muka yg merah sangat2 tue...dia tgk tv...ayah temankan sampai pukul 5 pagi!...dia tetap lawan mata dia...mcm nak tidur tapi memang dia lawan mata dia tue...ayah pun kena jaga sama sambil tertidur...kalu tak ameer korek2 mata ayah suh jaga sama...mengantuk tuuu...ayah sedar2 kul 5 pagi tue ameer dah tidur tersembam sebelah ayah..pujuk2 tidur elok2..

pagi bangun macam biasa..awal pagi jugak..walaupun mlm tu tak tidur dgn lena pun....sepanjang hari dia tak tidur sabtu tue...ermmm..tak boleh jadi nie...kena berubat jugak nie..nasib baik ade panel tetap ameer nie...petang tue call pak haji tu dan jumpa kat rumah dia...macam biasa dah tau awal.bawak air mineral sebotol dan limau nipis....sampai sana di sambut oleh pak haji depan rumah....pastu cerita dengan detail kat pak haji tue....pastu pak haji pun ambil 2 helai sejadah..ayah dan ameer duduk atas sejadah...pak haji membacakan ayat kursi dan potongan ayat al-quran..pastu berdoa dan dikibasnya sejadah yg lagi satu tue... seterusnya pak haji menyambung lagi bacaan doa seterusnya..dan dikibasnya dan diterusnya kibas sejadah hingga ke luar rumah....

Menurut pak haji, memang ada yg "menumpang" sekali...dan semuanya telah selesai.... pak haji bertanya ada pergi pantai atau kawasan tanah2 tinggi nie... memang sebelum ni ayah baru lepas balik kursus asas kat Akmal melaka..kawasan tu memang atas bukit dan memang agak "keras" sikit.. walaupun ayah dah buat persediaan awal untuk mengelakkan hal2 mcm ni berlaku tapi tetap ade yg nak "mengikut" balik sama.. dan memang suka kat budak2 nie....ermmm....Pak Haji kata ada tak pergi kat kawasan macma kolam masa makan2 diminggu terakhir.... ... sure ada laa, masa tue jamuan makan malam kat persekitran kolam erenang kat akmal sampai 11.30 malam....Pak Haji dah dapat baca dah....kelebihan dia.....

Pak Haji berpesan kalau pergi kawasan pantai,tempat tinggi, hospital mahupun pasaraya2 terutama di waktu maghrib mmg byk pada waktu tue.. kita yg org dewasa memang tk nampak tapi budak2 nie boleh nmpak "sesuatu" nie...

Begitulah ameer yusuf nie... sekarang dah ok...tak demam dan tak panas lagi badan dia...tidur pun dah lena macam biasa....lega ayah dan mama..... so ameer lain kali lawan sikit "bende" nie..jangan sampai dia kacau ameer lagi....ayah dan mama risau dan kesian kat ameer....

Friday, April 10, 2009

Tag

Bagi tidak menghampakan kawan2 yg dok bertanya kenapa tak update2 blog ameer yusuf nie..hehehehe...maklumlah tengah buat2 bz nie...

Three Names I go by

1) ashri ( mmg standard charted punya)
2) ayie ( terutama dikalangan famili terdekat dan jugak kengkawan yg rapat2)
3) a-chie ( zaman sekolah rendah - ntah apesal pggl aku a-chie , aku pun tak tau )

Three Jobs I have had in my life

1) Pembantu Penolong Perangkawan WPKL ( kerja-kerja membanci seluruh KL)-
2) Penolong Sistem Maklumat di DBKL - bertugas di ITIS ( Bukit Jalil ) memantau lalulintas di KL.. syok woo main kamera kat kl nie...
3) Penguasa Kastam - masih tak lari dari it lagi...waduh2...ingatkan dah tak buat programing lagi..waaaaa...

Three Places I have lived

1) Batang Kali, Selangor ( dari kecil hingga habis belajar - sanggup tolak masuk sekolah agama tinggi pasal tak nak duk jauh dari famili )
2) Bukit Jalil ( masa kerja di sana)- duduk apartment tp macam rumah flet...
3) Kelana Jaya ( tempat kerja sekarang) - cukup selesa dan menyelesakan...alhamdulillah....

Three TV Shows that I watch

1) Bola ( tak kisah asal bola ) - tak cukup kat tv....g stadium..tp skang dah jarang pergi..komitmen keluarga diutamakan..huhuhu
2) Berita Awani/BernamaTv - tak berapa suka berita dari rtm dan tv3....pengampu sangat!!!
3) Raja Lawak...tp RL3 tak besh langsung......

Three places I have been

1) PD - family day
2) Rantau panjang - shopping periuk belanga..hahaha
3) AKMAL - wakakaka..korang fikirlah sendiri....

People that e-mail me regularly

1) Pakcik deris ( kawan abah aku) - sebab dia akan tolong bukak email pastu share ngn abah aku..kalau harapkan abah aku bukak sendiri..mmg tak berbukak sampai bila2.... ;p
2) Member2 opis dan itm dlu..
3) Member2 yg selalu hantar email kat aku..pastu aku returnkn balik email kat diaorg..hahaha...

Three of my favorite foods

1) Ikan pari asam pedas ( mak buat memang kaw dari duku lagi )
2) Ayam KFC ( boikot tak boikot...mkn ayam pasar mlm pun xpe laa )
3) Spaghetti fiza buat....hehehe... yg ni serius punya aku suka... ( kena bodek sikit..ekeke)

Three things I would like to do

1) Duduk rumah main bola dengan ameer...
2) Balik batang kali ( saja nak makan tong tau foo kat sana sekali )
3) Basuh kain dan sidai kain.... ( apasal aku suka eik...) - mcam best aje basuh baju nie....sebab suka susun baju masa sidai tue ..biar nampak tersusun ajerk.... (kalu dlm psikologi ni..aku ni jenis orang oren kutt)

Three friends I think will respond

nnt difikirkan kemudian
1)

2)

3)

Things I am looking forward to

1) Nak bisness utk persiapan hari tua nnt.. ( bisnez ape tu aku tak tau lagi )

2) Nak g jalan2 kat luar negara..

3) Nak tengok ameer yusuf main bola untuk wakil malaysia..pastu main utk team EPL.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...