Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hambaNYA. Firman ALLAH s.w.t. : “Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64: 15)
Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabk an. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : “Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.” Berkata para sahabat : “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.” Lalu Rasulullah SAW berkata : “Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.” (Maksud Al-Hadith )
Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.
1. Kesilapan pertama : Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar, Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali `Imran, 3 : 8-9), Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali `Imran, 3 : 38) dan Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41). Juga kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al- Quran Surah Al-Baqarah, 2 : 128), Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 : 74) dan Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. Kesilapan kedua : Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti : menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau dan menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur
3. Kesilapan ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak: tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak dan terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.
4. Kesilapan keempat : Menegur anak secara negative: mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah) dan membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
5. Kesilapan kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.
6. Kesilapan keenam : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’ : “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.” (Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Kesilapan ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.
8. Kesilapan kelapan : Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.
9. Kesilapan kesembilan : Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.
10. Kesilapan kesepuluh : Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.
11. Kesilapan kesebelas : Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.
12. Kesilapan keduabelas : Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.
13. Kesilapan ketigabelas : Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.
14. Kesilapan keempatbelas : Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.
15. Kesilapan kelimabelas : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
Kredit utk Sumber dari : Blog Wanita ISMA PJ.
Perkongsian kisah kehidupan untuk dijadikan kenangan dan pengalaman untuk setiap pembaca.
Thursday, March 5, 2009
Mendidik anak bermula di rumah
Ibu bapa yang matang harus tahu bagaimana cara untuk membentuk anak-anak mereka. Dalam hal ini ibu bapa harus bersepakat mendidik dan mewarnai hidup anak-anak. Hendaklah perlakuan ibu bapa yang menjadi contoh kepada anak-anak seragam tanpa ada perbezaan. Anak-anak akan menjadi keliru jika ibu bapa mempunyai pandangan yang berbeza dalam mendidik mereka. Jangan ada pandangan yang berbeza antara ibu dan bapa. Misalnya, si ibu menentang sesuatu yang anak lakukan sedangkan si bapa membenarkan.Ibu bapa juga harus berwaspada dengan perlakuan datuk dan nenek atau saudara-saudara yang lain yang berlawanan dengan perlakuan ibu bapa. Kerana ia boleh meruntuhkan cara pendidikan yang telah diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak.
Untuk mendidik anak-anak dengan cara penampilan yang baik, ada beberapa perkara yang harus diamalkan:
1) Biasakan anak-anak menyebut nama Allah s.w.t. ketika mulai makan dan minum serta bersyukur kepada Allah s.w.t. sesudah selesai makan.
2) Jangan biarkan makan terburu-buru, biasakan anak-anak mengunyah makanan dengan baik.
3) Biasakan anak mulakan makan makanan yang berada paling dekat di depannya.
4) Biasakan anak mencuci tangan sebelum dan sesudah makan.
5) Biasakan anak makan dengan wajar dan jauhkan daripada sifat rakus.
6) Biasakan anak membuang hingus dengan tangan kiri, begitu juga jika membuang kotoran.
7) Jangan biarkan anak menghisap jari dan menggigit kuku.
8.) Hendaklah membiasakan dia memberi dan menerima makanan dengan tangan kanan.
9) Jangan biasakan anak memakai baju atau seluar yang pendek, sebaliknya biasakan anak-anak menutup aurat sejak mereka masih kecil lagi.
10) Jangan biasakan anak tidur tertiarap.
11) Biasakan anak makan roti kering tanpa kuah sehingga dia tidak menganggap kuah itu sebagai suatu keharusan.
12) Biasakan anak memberus giginya ketika bangun tidur di waktu sesudah makan dan di waktu hendak tidur.
13) Biasakan anak mengucap dua kalimah syahadah dan mengulang-ulangnya beberapa kali setiap hari.
14) Biasakan anak membaca alhamdulillah setiap kali bersin.
15) Suruh anak menutup mulut setiap kali menguap (sangap).
16) Biasakan anak berterima kasih di atas kebaikan orang lain.
17) Biasakan anak berjalan di jalan yang telah disediakan. Larang ia bermain-main di jalan raya kerana ini amat merbahaya dengan kehadiran kenderaan yang lalu-lalang.
18.) Jangan biarkan anak melemparkan kekotoran di jalan tetapi suruh ia meyingkirkan gangguan seperti duri, batu, kaca dan sebagainya.
19) Suruh dia mengucap salam dengan sopan kepada sesiapa yang ditemuinya serta menjawab salam cara sopan.
20) Hendaklah anak menghormati milik orang lain dan jangan biarkan dia mengambil barang permainan orang lain.
21) Jangan ibu bapa bertengkar di hadapan anak kerana sikap ini menghilangkan wibawa orang tua di mata anak mereka.
22) Biasakan anak menjawab azan, mengucap selawat kepada Nabi s.a.w. sesudah azan dan doa memohon wasilah bagi Nabi.
Perkara ini hendaklah dilakukan selalu agar anak-anak terbiasa dengan perkara-perkara yang baik.Untuk membiasakan didikan-didikan di atas, ia memerlukan kesefahaman, kesepakatan dan kerjasama antara ibu bapa. Kita sudah sepakat dan saling bekerjasama untuk menerapkan didikan tersebut ke atas diri anak kita sejak anak itu kecil lagi, iaitu ketika umurnya antara tujuh sehingga 14 tahun.
Ini adalah masa yang terbaik ibu bapa mendisiplinkan anak-anak. Insya-Allah anak kita akan menjadi anak yang sejuk mata memandang dan menjadi pemimpin pada orang-orang yang beriman kelak. Seterusnya untuk menjadikan anak kita cemerlang, gemilang dan terbilang.
Koleksi ANIS / Oleh: Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

Trip to Genting Highland
26 Februari 2009 - Ameer yusuf bercuti di Genting Highland. Bertolak pagi dari kelana jaya dan terus ke puncak genting. Malam tue siap2 beli tiket masuk ke sana.. orang dewasa kena RM34. ameer kire budak kecik, kire free laaa... hehehe..
Perjalanan lancar, maklumlah hari kerja...kita aje yg cuti...hehehe...cuaca agak berkabus di awal pagi tue hingga ke puncak...pandu kereta pun macam biasa laa.. xde masalah dengan kereta yg kali nie... kalau yg dulu mungkin jenuh jugak nak main minyak....terutama kat jalan berbukit2 kat genting nie,....
Mula2 parking kat first world...alamak silap parking laa..jauh sangat dari outdoor tue..kuar semula dan cari ke area parking tue...parking sempit betul kat first world dan mencabar....alhamdulillah selamat sampai ke outdoor parking....seterusnya masuk ke pintu utama dan pengesahan tiket online... famili kak nor dan juga ameer yusuf sefamili....
Masuk2 ajerk ameer pun main kuda yg pusing2.. excited muka sambil muka ade blurr skit.. mungkin terfikir..."aik orang besar pun boleh naik sekali ke".ye laa kat giants tu kecik ajerk..ameer sorang je boleh naik... yg kat sini gedabak besar...suma orang boleh naik sekali...suka benar dia....
Seterusnya ameer main permainan yg cup spinning....berpusing2 macam gasing daaa.... ayah , mama dan ameer duduk satu cup....ameer gelak suka sangat yea..lagi pusing lagi dia suka....dah habis main tue..kita beralih main pilot tu pulak.. tapi ameer ngan mama ajer main,... ayah, ucu elah dan abg yie main cyclone plak....
Next main gajah pulak..pusing2 macma nak pening daa..asyik pusing2 ajerk....pastu ayah bawak tengok ikan kat kolam tue... banyak betul ikan tue.. sampai bertindih2 antara satu sama lain...kalau boleh makan, goreng pun sodaaapp....
Naik atas lagi, naik spaceshoot..dulu solero... ayah dan abg yie aje menyahut cabaran nie..rasa tertinggal nyawa kat atas tue...dah byk kali naik, rasa ok skit walaupun gayat tu masih ada... gila kalau dah kena sentap dari atas tu ke bawah... punggung pun tak cecah.... ameer tgk ayahdari bawah ajerk.. lepas tu nak slow down skit, kita naik bot kat puncak tue sambil tgk dinasour tue.. ameer senyap sunyi bila dah gelap...pastu tgk sambil makan keropok...
Dah tengahari, ameer pun dah lapar dan nak susu.... kita rehat tepi cockscrew tue sambil makan mee hon yang mama masak pagi tadi.. ameer paling sibuk nak menghidang makanan plak.. lapar anak ayah rupanya...mungkin sejuk kat atas tue, so cepat lapar laa....makan macam2..ye la bekalan mcm2 bawak..nak beli kat atas tue mahal sangat.. skit2 boleh la beli.. tapi kalu dah ramai... sakit la poket nnt....
Sambil lepak sempat ayah dan abg yie main seround cockscrew tue,,,, ok laa layan jugak....best...
Tak lama pastu masuk waktu zohor.. kita rehat kat surau..ameer main air yea...sejuk betul nak ambil wuduk... macam air batu....lepas sembahyang, ayah duk tepi layan org main permainan yg ade...
Turun bawah balik main pirate train.... ayah dan ameer sati keretapi...ameer senyap sunyi naik keretapi tue... gelap pastu ade hantu2 yg tak la berapa takut sangat pun.. macam biasa ajer... pastu main berjalan sikit lagi main pirate ship plak.. yg ni ok jugak walaupun ade rasa gayat skit...budak kecik tak boleh naik...
Seterusnya kita turun semula main kereta antik tue.. memang best tak [ayah beratur panjang, terus dapat giiliran... ye laa oragn tak ramai....habis satu pusingan..naik atas area in-door main sungai rejang plak.. ucu elah dan ayah satu bot....abg azhar dan abg yie satu bot... basah kuyup jadinya kena air.... jumpa ameer kat terusan masa dah nak habis tue.. ameer nak ikut...?nant besar ayah bawakkan....
Next sebelum balik naik train tue...okla sebagai penutup.. berjalan balik ke pintu utama sempat lagi main buaian tue.. semua merasa.... ambik gambar kat tempat coklat tue...
pastu ameer pun dah letih sangat2..nak jalan pun dah tak larat.. so kitaorang pun balik..turun ikut jalan genting menghala ke batang kali.. tapi kena hati2 sikit pasal kat selekoh2 jalan tue agak licin pasal ade kesan minyak... ni kes tow truck yg buat onar nie... lagi pun masa tu macam nak hujan ....
Alhamdulillah selamat sampai kat rumah wan ameer... lepak rehat dulu.. ameer pun dah tertidur dah.. sejak dalam kereta lagi.. kesian nak susu tapi tak buat pun masa dalam kereta....lama ameer tidur... lepas maghrib baru bertolak balik....
Satu perjalanan yang memenatkan tapi ayah gembira pasal ameer yusuf happy sangat.... terlompat sana sini... semua nak main.. nak bebas berlari sana sini... next kita pergi zoo plak.... Aqua kita dah pergi dulu masa ameer kecik2... ( silap ayah bawak awal sangat... ameer tak reti tgk ikan pun masa tu)...

Subscribe to:
Posts (Atom)