Perkembangan Ameer Yusuf:
Kepetahan Bercakap – Boleh menyebut beberapa patah perkataan yang mempunyai 2 suku kata seperti ayah, mama, baby, susu, atok,… perkataan yg selalu disebut..nak…nak..nak… cucu…cucu.. *(SUSU)..yg selalu disebut...ayam...satu... masieh..(terima kasih), amin.... ( doa)...
Pergerakkan Fizikal – Boleh berlari ( walaupun keseimbangan masih diragui), mudah terjatuh kalau salah imbangan dan mampu bermain bola sepak.. nak sepak bola dengan kaki kiri dan kanan…selain tu teknik membaling bola dan melambung bola.. semakin aktif dan suka memaksa orang lain main bersama-sama dengan diar..kalau tak dia akan wrestling ( smack down) sapa yagn tak nak bangun main bola… tak kisah mukanya terkena bola rembatan terutama dari ayah dia..malah akan gelak suka samabil menutup mulut dengan penuh kesopanan… ( hahahaha)..
Minat – Menunjukkan minat nak membaca…. Segala jenis binatang yang macam berbulu tak kira burung, itik, angsa, burung unta (..ameer akan panggil “ayammmm”…
Tolong "mengemas" - Selain tu ameer suka menolong mama dia di dapur…peti sejuk tue dah pandai bukak dan siap tolong alih2kan botol air dan kicap tue…isk isk…periuk belanga akan jadi tunggang langgang laa…
Mengikut arahan – Ameer yusuf mampu memahami apa arahan yang diberikan kepadanya.. sebagai contoh, baru-baru nie ayah suruh ameer ambil pampers dia utk dipakai selepas mandi.. ameer pun bangun dan terus menuju ke beg baju..dan membawa satu pampersnya kat ayah dia… selepas tu ayah susurh ambil bedak.. dia masuk semula ke bilik dan ambil bedak wangi ucu ellahnya…lepas tu sekali lagi ayah saja nak test suruh ambil tuala pula, dan kali nie dia pergi ambil tualanya yang disidai kat tepi almari tue… semua nie tanpa arahan tambahan…
Kena Marah – ameer akan senyap dan memandang dengan penuh rasa kasihan memohon simpati ( muka kesian)….kalau ade senyuman dari ayah dia, dia segera senyum untuk mengambil hati kita.. dan dia akan buat lagi…huhuhu tu yg tak tahan tue…
Makan – ameer yusuf suka makan sendiri dalam pinggan dia.. dia memang susah utk disuapkan…memang akan makan sendiri..banyak guna tangan kiri utk suap walaupun dah byk lai ajar utk guna tangan kanan.. sekejap je laa pastu akan ke kiri balik.. yang ni ayah dan mama kena ambil perhatian…
Ayah dan mama pergi kerja – kalau dulu ameer akan menangis kalau ayah dan mama pergi kerja.. sekarang ameer dah semakin faham dan dia sendiri akan tolong tutupkan pintu rumah… dan tak nangis lagi.. kalau nangis tue, ade la mood dia yg tak baik aritu....dia akan duduk dengan baik dengan Ucu elahnya….kemain baik kalau ayah dan mama dia takde tapi kalau dah balik…jangan harap nak baik sangat ngn ucu dia tue…
Suis tv , charger hp – ameer pantang tengok lampu pada extention plug kalau bernyala… dia akan tolong tutupkan suis tue.. kekadang ayah dan mama charge hp pun tak sempat habis.. ameer dah tutup dah…adehh….terlebih rajin pulak.. macma tu jugak pintu almari.. dia akan tolong tutupkan…baru bukak nak cari baju dah dia tutupkan.. isk isk…tu yg kekadang kena marah tue….
Mandi – Perkara yg paling dia seronok.. dari kecil hingga sekarang..ameer mandi air paip biasa..tak bercampur dengan air panas.. dia dah biasa mandi dengan air sejuk… kalau kat Kelantan siap mandi air telaga lagi.. kan lagi sejuk dari air paip biasa nie…tapi mungkin dah terbiasa, so takde maslah laa kat rumah orang….
Dalam kereta – ameer nie jenis tak reti duduk diam dalam kereta..lepas puas duduk depan..akan beralih ke belakang…belum sempat panas punggung tu beralih pulak ke depan balik… sepanjang jalan la mcam tuee.. dah puas dok sana sini.. dia nak ke tempat ayah dia… masa nie kena marah laa pasal ayah dia nak drive macam mana….senyap kejap… pastu mul a la main lubang air-cond… radio…tingkap….lantak laa… memang payah nak tidur dalam kereta.. mungkin ikut mama dia yang tak tido langsung kalau ayah dia drive kereta.. Ok laa boleh temankan ayah supaya tak mengantuk dalam kereta.. tak tau nak bayangkan kalau ameer nanti dah boleh bercakap sepenuhnya… isk isk…. Fening….fening…
Berus gigi – memang perkara yang paling sukar nak buat utk dia… mesti berpusing2 kepala dia tolak benda tue…tapi kalau tgk ayah dia berus gigi, sibuk nak tgk sama…so kite beruslah sama2…baru la nak…
Taman permainan – ameer suka main gelongsor dan panjat-panjat tangga tue… selain tu main jongkang jongkit dan buaian,… tapi kena pengawasan orang dewasa laa.. pasal ramai sangat kat sana takut berlaga sana sini…. Tapi ameer ni suka berkawan dan rasa ingin berkawan… oragn lain main kejar-kejar, dia yang perasan main sama plak..pastu dia yg lari macam nak rakk…kekadang kelakar plak menengoknya…
Berkawan lelaki atau perempuan – Setakat nie kecenderungan ameer utk berkawan adalah kepada geng lelaki.. kalau ade budak lelaki, tak kira besar mana pun dia tetap nak berkawan tapi kalau budak perempuan nie, ameer nie payah sikit… dia akan memerhatikan dari jauh ajerk… mungkin pemalu macam bapak diaer jugak kottt…. ;p…hehehhe